Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berpantang. Papar semua catatan

Petua Menghilangkan Rengat Selepas Bersalin

Posted on Jumaat, September 25, 2015 by sYaFiQa



Petua Rengat Bersalin

1.     Amalan minuman air rebusan herba dengan madu lebah amat di galakkan bagi membantu proses pengeluaran “darah bantal” dengan sempurna

2.     Minuman utk merawat rengat iaitu sediakan segengam daun terung mangga yang ditumbuk dengan tujuh hirisan kunyit untuk diambil patinya dengan sukatan 2ruas jari manis. Minum selama tiga hari berturutan atau sehingga sembuh

3.    Tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah. Kacau rata dan minum. Boleh juga ditambah dengan telur ayam kampong. Minum 2-3kali sehari atau sehingga sembuh. 

      Amalan bertungku dan berbarut juga dapat membantu mengurangkan sakit rengat ini. 

 
 
Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Set Bersalin Shaklee

Posted on by sYaFiQa



Mengapakah anda perlu memilih Set bersalin shaklee?? atau Set berpantang Shaklee?? Set bersalin shaklee terdiri daripada Set Bersalin Shaklee SET ASAS. Set asas ini yang merangkumi Vita-lea, B-complex, Vita C dan juga Zinc complex.

Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vita C, mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.

Set Bersalin Shaklee SET 3M. SET 3M merupakan gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa. Set ini juga terkenal sebagai set menyusu shaklee. Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah 3M itu? 3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK atau apa sahaja anda fikir menarik…Menyusu..Menyihat..Menyubur.

ESP, non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi. Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein. Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi. 

Alfalfa, bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan. Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning atau anda boleh lihat Set Menyusu 3M :) :)

Set Bersalin Shaklee SET PREMIUM set premium 2 terdiri daripada set asas, set menyusu dan set kurus. Sedia maklum ramai para wanita mengalami masalah berat badan ideal setelah bersalin dan pening kepala dengan bentuk fizikal mereka. Set premium dengan tambahan omega guard, herblax dan juga lecithin membantu ibu-ibu kekal langsing dan berseri selepas bersalin.

Omega guard, minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi yang berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

Herblax, ramuan yang mengandungi 9 herba semulajadi menggalakkan tindakan perbersihan usus yang lembut yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang, membantu masalah sembelit, mengempiskan dan seterusnya memberi kepejalan pada perut. Ia adalah pengambilan untuk proses detoksifikasi yang mudah!

Lecithin, membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Pengambilannya membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Petua2 utk baby & ibu2

Posted on Selasa, Disember 14, 2010 by sYaFiQa

Salam...Ummi nak kongsi petua-petui utk rujukan ibu2, mak2, mama2 .... mana la tau kot2 dpt membantu.....

From : Majalah Pa&Ma & pengalaman sendiri

PENAMBAH TENAGA
Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.


LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH
Sewaktu melahirkan bayi, biasanya faraj ibu akan terkoyak atau pun dijahit selepas dilakukan episiotomi. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, ambil 5 helai pucuk jambu batu dan 3 keping asam gelugur. Kemudian rebus dengan 2 gelas air. Biarkan air rebusan itu suam. Kemudian air rebusan tai digunakan untuk mencuci faraj. Ummi pernah guna buah manjakani, asah pah tu lumur kat tempat jahit. (Masa bersalinkan Ariq luka jahitan terkoyak sikit, mujurlah x kena jahit semula...ngeri nyer!!) Insya Allah luka cepat sembuh juga....

PENAWAR SELEPAS BERSALIN
Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.

RAWAT SELESEMA
Menjadi seorang ibu sememangnya banyak cabaran terutama sewaktu anak-anak masih lagi bayi. Masalah utama adalah kesihatan. Selesema akan membuat bayi akan berasa tidak selesa dan meragam. Untuk mengatasinya, cuba tumbuk sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Tepekkan ke atas hidung bayi sewaktu ia sedang tidur. Pasti tidurnya akan lena kerana selesema akan cepat kering. Ada juga org cakap guna getah sirih sapu kat hidung baby. Ummi skrg guna minyak Yuyi, sapu kat seluruh kaki termasuk jari2 kaki baby...lepas tu insya Allah, baby dpt bernafas dengan selesa....


Minyak Yuyi




UBAT GIGITAN
Jika anak digigit nyamuk atau serangga, ambil sedikit kapur makan dan sapukan pada kawasan yang digigit.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Posted on Ahad, November 29, 2009 by sYaFiQa




Assalammualaikum.....
Ni artikel dr seorg rakan....

Selalunya, buah kurma ini hanya dimakan sewaktu bulan puasa sahaja. Tapi bagi ibu yang sedang hamil... buah kurma sememangnya amat bagus untuk dijadikan makanan harian.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Buah kurma semenangnya baik untuk diamalkan pemakanannya semasa mengandung kerana ia akan memudahkan proses bersalin nanti. Selepas bayi dilahirkan, buah kurma juga bagus untuk dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Jadi anda tidak perlu risau atau takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Antara kelebihan-kelebihan dan khasiat buah kurma ialah:-

1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).

2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

Disebabkan kelebihan-kelebihan tersebut, maka minta suami puan dapatkan sekotak buah kurma di kedai-kedai yang berhampiran.

Semoga ia dapat memberikan kecerdasan serta kesihatan kepada puan serta kandungan puan.

KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
h_dd26.jpg (19498 bytes)
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.


Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)


Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
h_dd27.jpg (32536 bytes)
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.


Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Penaja Bersama.....