Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Sunah Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sunah Rasul. Papar semua catatan

Lima Perkara Yang Kita Mahu

Posted on Khamis, Mei 05, 2011 by sYaFiQa

Assalamualaikum....

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1- وجه جميل


1. Wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين


2. Duit yang banyak


3- صحة قوية


3. Kesihatan yang baik


4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا


4. Anak2 yg cerdik dan berjaya


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية


5. tidur yang nyenyak tanpa ganguan




سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


Untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari.




قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :


Sabda Nabi Muhammad saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya


dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية


* sampaikanlah daripada nabi Muhammad saw itu walaupun satu ayat

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan

Posted on Ahad, April 24, 2011 by sYaFiQa

Salam... terjumpa Artikel mengenai solat Dhuha di blog Nursyirah. Semoga artikel ini dpt memberi manfaat pd yg membacanya....


Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan

Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statikMaka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Bila Rasulullah SAW bertamu ke rumah kita....

Posted on Khamis, April 14, 2011 by sYaFiQa

salam...sekadar renungan bersama....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul
mengetuk pintu rumah kita... ... ..
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan
sangat berbahagia, memeluk
beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau
masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi
menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum... ... ..
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat Video CD rated
18xxx yang ada di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu
video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum... ... ..
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita
setengah telanjang yang
kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada di
ruang samping dan kita meletakkannya di ruang
tamu. Beliau tentu
tersenyum... ... .
Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia
menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat
daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita
tidak mengetahui
sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum... ... ..
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak
mengetahui satupun nama
keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di
luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar
mandi menjadi ruang
Solat.
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah
kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan
kepada Rasulullah SAW.

Beliau tentu tersenyum... .. ..
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak
kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak
kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati
junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahwa kita tidak
pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Beliau tentu tersenyum... ... .
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
Maghrib keluarga kita malah
sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan
hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan
duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan
solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al Qur'an.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga
kita.

Beliau tentu tersenyum... ... .
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita
siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di
depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan
alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ... ... ..
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah
kita... ..
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan
mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah
kita ? Ataukah akhirnya
dengan berat hati, kita akan menolak beliau
berkunjung ke rumah kerana hal
itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah... ... ...
Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum
sedih dan senyum
getir... ... ..
Oh betapa memalukannya kehidupan kita
saat ini di
mata Rasulullah... ... ..

Wallahua'allam.
buat renungan bersama...


hargailah insan2 yang tersayang selagi berpeluang...Kita tak akan
mengetahui apa yang berlaku dengan kita esok....

JOM KiTA IKUT SUNNAH RASUL

Posted on Isnin, Januari 24, 2011 by sYaFiQa

Salam....hmmm...yg ni pon Ummi dpt dr kawan Ummi En. Adzmin Nordin. Tq min coz bg email camni.Lama dah email ni...tarikh terima pd 23 Julai 2008. haaa...lama dah kan?? Ramai dah org tau pasal ni, cuma nk refresh balik jer...Jom kita baca...


Untuk renungan bersama. Wassalam
 
Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah
penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg
besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita
tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana
apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia
akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana
sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali.

Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walau pun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.
Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi
yang diberikan oleh Mudaris (guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi
cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati,tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak
yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam
besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI

Penaja Bersama.....