Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Petua Menghilangkan Rengat Selepas Bersalin

Posted on Jumaat, September 25, 2015 by sYaFiQa



Petua Rengat Bersalin

1.     Amalan minuman air rebusan herba dengan madu lebah amat di galakkan bagi membantu proses pengeluaran “darah bantal” dengan sempurna

2.     Minuman utk merawat rengat iaitu sediakan segengam daun terung mangga yang ditumbuk dengan tujuh hirisan kunyit untuk diambil patinya dengan sukatan 2ruas jari manis. Minum selama tiga hari berturutan atau sehingga sembuh

3.    Tumbuk halus kunyit hidup, campurkan bersama air asam jawa dan gula merah. Kacau rata dan minum. Boleh juga ditambah dengan telur ayam kampong. Minum 2-3kali sehari atau sehingga sembuh. 

      Amalan bertungku dan berbarut juga dapat membantu mengurangkan sakit rengat ini. 

 
 
Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Khasiat Dan Kebaikan Lecithin Shaklee

Posted on by sYaFiQa



Khasiat & Kebaikan Lecithin Shaklee.

Lecithin diestrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. lecihtin Jom tengok 13 khasiat dan kelebihan Lecithin yang perlu kita tahu!

(1) Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

(2) Kenapa org yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

(3) Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.

(4) Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

(5) Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

(6) Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, germs, bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

(7) Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

(8) Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

(9) Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

(10) Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi sendi-sendi (joint) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang & sistem penghadaman.

(11) Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

(12) Lecithin juga diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

(13) Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE . BILE ni fungsinya ialah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dlm badan.



Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Set Bersalin Shaklee

Posted on by sYaFiQa



Mengapakah anda perlu memilih Set bersalin shaklee?? atau Set berpantang Shaklee?? Set bersalin shaklee terdiri daripada Set Bersalin Shaklee SET ASAS. Set asas ini yang merangkumi Vita-lea, B-complex, Vita C dan juga Zinc complex.

Vita-lea, multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang. Ia mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.

B-complex, mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.

Vita C, mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kalenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala disebabkan rambut gugur.

Zinc meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.

Set Bersalin Shaklee SET 3M. SET 3M merupakan gabungan set asas dengan tambahan ESP, Ostematrix dan juga Alfalfa. Set ini juga terkenal sebagai set menyusu shaklee. Namun, ramai yang tertanya-tanya apakah 3M itu? 3M ialah MOM’S MARVELLOUS MILK atau juga boleh kita panggil MIGHTY MOTHER’S MILK atau apa sahaja anda fikir menarik…Menyusu..Menyihat..Menyubur.

ESP, non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. Protein dalam tubuh sangat diperlukan bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi. Protein juga dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat turut memerlukan protein. Pengambilan ESP bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

Ostematrix, terdiri daripada nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan magnesium yang penting diperlukan oleh tubuh. Menggantikan semula kalsium dalam tubuh ibu, dan elemen penting untuk ibu yang menyusukan dan juga bayi. 

Alfalfa, bertindak sebagai milk booster turut membantu menangani sakit-sakit badan dengan mengurangkan keasidan dalam tubuh. Ia juga membantu dalam menangani masalah sembelit yang sering dialami wanita selepas melahirkan. Pengambilan alfalfa adalah bergantung kepada ibu dan anak yang tidak mempunyai penyakit SLE dan bebas daripada jaundice atau sakit kuning atau anda boleh lihat Set Menyusu 3M :) :)

Set Bersalin Shaklee SET PREMIUM set premium 2 terdiri daripada set asas, set menyusu dan set kurus. Sedia maklum ramai para wanita mengalami masalah berat badan ideal setelah bersalin dan pening kepala dengan bentuk fizikal mereka. Set premium dengan tambahan omega guard, herblax dan juga lecithin membantu ibu-ibu kekal langsing dan berseri selepas bersalin.

Omega guard, minyak ikan terbaik di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega 3 semulajadi. Membantu perkembangan otak bayi dan memori, dan merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi yang berupaya meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.

Herblax, ramuan yang mengandungi 9 herba semulajadi menggalakkan tindakan perbersihan usus yang lembut yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang, membantu masalah sembelit, mengempiskan dan seterusnya memberi kepejalan pada perut. Ia adalah pengambilan untuk proses detoksifikasi yang mudah!

Lecithin, membantu dalam pemecahan lemak dan kolesterol dengan bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah dan membantu emulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid didalam tubuh seterusnya mendapatkan badan yang langsing dan sihat. Pengambilannya membantu dalam menyerap vitamin yang larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K.


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Lima Perkara Yang Kita Mahu

Posted on Khamis, Mei 05, 2011 by sYaFiQa

Assalamualaikum....

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1- وجه جميل


1. Wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين


2. Duit yang banyak


3- صحة قوية


3. Kesihatan yang baik


4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا


4. Anak2 yg cerdik dan berjaya


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية


5. tidur yang nyenyak tanpa ganguan




سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟


Untuk mendapatkannya, hanya 15 minit setiap hari.




قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :


Sabda Nabi Muhammad saw


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya


dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan, dan siapa yang
tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية


* sampaikanlah daripada nabi Muhammad saw itu walaupun satu ayat

Isu Makan Hati & Organ Dalaman

Posted on Rabu, Mei 04, 2011 by sYaFiQa

Salam.....ni dpt email dr sahabat Milawati. Terima kasih Puan Mila...

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?
 
Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan N ya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1.        Hati

2.         Jantung

3.        Paru-paru

4.        Perut

5.        Hempedal

6.        Buah pinggang

7.        Jantung

8.        Buah pinggang

9.        Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

10.      Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX . Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah  bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1.        Elakkan dari makan sebarang organ  dalaman seperti hati dsbnya.

2.    Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3.        Elakkan minuman bergas

4.       Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5.        Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6.        Makan buah delima

7.        Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.
Sekian wassalam wallahualam

Emjay    

RAWATAN CARA NABI MUHAMAD S.A.W

Posted on Isnin, April 25, 2011 by sYaFiQa

Salam....lama dah dpt email ni, dr seorg hamba Allah... nak sebarkan utk kebaikan semua....

TEORI PENGUBATAN

Watak pemuda ialah seimbang. Watak anak – anak
Cenderung basah , dan tabiat orang dewasa dan orang
Lanjut usia cenderung sejuk.

Organ tubuh manusia yang paling seimbang adalah kulit
pada hujung jari telunjuk, disusuli hujung jari – jari yang lain. Organ
yang paling panas adalah jantung, diikuti hati dan daging. Yang paling
sejuk adalah tulang dan saraf, sumsum dan otak. Yang paling kering adalah tulang. Yang paling basah adalah lemak.

Bahagian seterusnya dari tujuh bahagian tubuh adalah darah. yang bersifat basah dan panas. Fungsinya ialah memberi makan kepada tubuh. Darah yang normal rasanya manis dan tak berbau.

Seterusnya adalah lendir , yang bersifat basah dan sejuk. Fungsinya adalah mengubah darah manakala tubuh kekurangan makanan, menjaga organ – organ tubuh agar tetap lembab dan mencegah dehidrasi yang di sebabkan oleh gerakan. Lendir normal adalah lendir yang hampir berubah menjadi darah. Lendir tak normal rasanya masin, atau agak hangat, atau masam. Ia cenderung menjadi  masak dan tawar. Ia bersifat sejuk dan tidak bercampur.

Cairan yang ketiga adalah hempedu, yang sifatnya kering dan panas. Ia
tersimpan di dalam kantung hempedu. Ia menjadikan darah lembut dan
membantunya melalui nadi – nadi yang sangat sempit. Sebahagaian darinya dibawa ke usus besar dan menghasilkan warna khas kekotoran. Hempedu normal warnanya sedikit merah. Hempedu tak normal boleh jadi berwarna seperti kuning telur, atau seperti warna bawang atau warna tahi tembaga, atau seperti terbakar. Hempedu berkarat lebih kuat daripada hempedu berwarna bawang, dan merupakan peringatan akan datangnya kematian . Hempedu kadang – kadang dikenali dengan sebutan Hempedu Kuning.

Yang terakhir adalah limpa. Cairan ini bersifat kering dan sejuk. Ia
mengentalkan darah dan memberi makan kepada limpa dan tulang. Sebahagian darinya menerusi mulut perut dan menimbulkan nafsu makan dan menyebabkan keasaman. Limpa normal membentuk endapan darah. Limpa tak normal digambarkan sebagai terbakar, yakni tidak murni. Limpa terkadang disebut hempedu hitam Bahagian keempat dari bentuk tubuh adalah organ – organ dasar . Bahagian kelima membentuk jiwa. Bahagian keenam adalah keupayaan yang terbahagi kepada tiga, iaitu : natural, vital , dan psikik . Bahagian ketujuh atau yang terakhir adalah fungsi, yang berjumlah dua : fungsi daya - tarik dan fungsi daya – tolak.

KEADAAN TUBUH

Bahagian kedua dalam teori pengubatan adalah berkenaan dengan teori tentang keadaan tubuh manusia. Ada tiga keadaan tubuh, yang mana ianya mungkin : sihat, sakit dan keadaan tidak sihat dan tidak pula sakit, iaitu keadaan orang yang sedang menuju kesembuhan dan keadaan usia tua.

Sihat adalah keadaan fizik dimana semua fungsi berada dalam keadaan sihat. Menjadi sembuh sesudah sakit adalah anugerah terbaik dari Allah kepada manusia. Adalah tak mungkin untuk bertindak benar dan memberi perhatian yang layak kepada ketaan kepada Tuhan jika tubuh tidak sihat. Tidak ada sesuatu yang berharga seperti kesihatan. Kerananya, hamba Allah hendaklah bersyukur atas kesihatan yang dimilikinya dan tidak bersifat kufur.

Nabi s.a.w bersabda : “ Ada dua anugerah yang kerananya ramai manusia tertipu, iaitu kesihatan  yang baik dan waktu luang.”
Rasulullah s.a.w bersabda, “ Mohonkanlah kepada Allah ampunan dan kesihatan. Setelah iman kuat ,tak ada sesuatu yang lebih baik bagi seorang manusia daripada kesihatan.”

SEBAB – SEBAB PENYAKIT

Bahagian ketiga dalam dalam teori pengubatan berkaitan dengan sebab – sebab penyakit, atau aetiologi. Ada enam sebab timbulnya penyakit :

Penyebab pertama adalah udara. Udara sangat penting untuk menjaga diri kita agar seimbang, sebab selama udara tetap jernih, tidak ada kelemahan yang bercampur dengannya, dan tidak ada pula angin kotor. Ia adalah 
perlindungan yang tak nampak Setiap musim menghasilkan penyakit – penyakit yang sesuai dengannya, dan mengusir yang tidak sesuai. 


Demikianlah, musim panas menyebabkan timbulnya hempedu dan melahirkan jutaan penyakit, tetapi juga menyembuhkan penyakit – penyakit selsema ( beringus ) Demikian pula halnya dengan musim – musim yang lain. Udara sejuk memperkuat dan meningkatkan pencernaan. Udara panas mempunyai kesan sebaliknya. Perubahan udara menyebabkan timbulnya sampar. Ini akan kita jelaskan nanti, insya
Allah.

Penyebab kedua adalah makanan dan minuman. Makanan dan minuman yang panas menimbulkan panas dalam tubuh, dan sebaliknya.

Penyebab ketiga adalah gerakan dan istirehatnya tubuh.
Gerakan menimbulkan kehangatan dalam tubuh.

Penyebab keempat adalah gerakan dan istirehatnya emosi , seperti yang
terjadi krtika marah, sedih, gembira, khuatir, dan malu. keadaan –
keadaan ini mendorong terjadinya gerakan jiwa, yang pasti bersifat batiniah, namun juga nampak secara lahiriah. InsyaAllah.

Penyebab kelima adalah keadaan bangun dan tidur. Tidur membuat jiwa
bergolak dalam tubuh meskipun pada lahirnya tubuh menjadi sejuk sehingga orang memerlukan selimut. Lawan dari keaadaan ini adalah keadaan bangun

Penyebab keeanam adalah emisi dan rentesi. Keseimbangan antara kedua hal ini akan melindungi kesihatan.

PRAKTIK PENGUBATAN

Makanan

Hendaklah anda ketahui bahawa makanan dimakan manakala diperlukan untuk mengekalkan kesihatan.


Tanda – tanda bahawa makanan diperlukan adalah menajamnya indera penciuman, berkurangnya air liur dimulut, air kencing yang menjadi sangat berwarna dengan bau menyengat, serta meningkatnya keinginan akan makanan. 



Hidup berlama –lama tanpa makanan memperlemah tubuh, menimbulkan dehidrasi, dan membakar habis konstitusinya. 


Sama halnya, memakan makanan manakala tidak diperlukan mengakibatkan kebodohan dan kemalasan, yang merupakan satu faktor penyebab penyakit. 


Orang hendaknya memakan makanan yang sejuk dimusim yang panas. dan makanan yang panas dimusim yang sejuk. 


Terus makan lagi sesudah makan adalah merbahaya. Makanan yang panas hendaklah diimbangi dengan makanan yang sejuk, yang manis dengan yang masam. 


Lemak diimbangi dengan garam, dan yang masam dengan lemak. Memakan banyak jenis makanan meningkatkan konstitusi manusia. 


Makan dalam keadaan tenang adalah paling baik. Memakan makanan yang sama beberapa kali berturut – turut dan makan dengan tergesa – gesa mengakibatkan hilangnya nafsu makan dan menimbulkan kemalasan. 


Makanan yang sangat masam mempercepat ketuaan.
Sering memakan makanan bergaram membuat badan kering dan kurus.

Adalah bijaksana untuk berhenti makan ketika anda masih ada selera untuk meneruskan makan, namun terus menerus tidak makan akan membuat tubuh lemah dan kurus . 



Menghabiskan makanan sampai isi piring bersih membantu pencernaan dan meningkatkan nafsu sexs . 


Nabi s.a.w biasa menjilat jari – jari tiga kali setelah makan. Baginda juga mengatakan, “ Menghabiskan makanan hingga bersih bererti memohon pengampunan dari Allah”.

Rasulullah s.a.w melarang memakan makanan – makanan berikut secara bersamaan :
 


susu dengan ikan, 
cuka dengan susu, 
buah – buahan dengan susu, 
atau selada dengan ikan, 
bawang putih dengan bawang merah, 
daging kering dengan daging segar, 
makanan masam dengan makanan beasam, 
lemak dengan cuka,
cuka dengan nasi,
anggur dengan terung yang berlebihan, 
buah delima dengan
lemak daging, 

dua makanan yang sejuk, 
dua makanan yang panas, 
atau dua makanan yang menghasilkan kentut

SABDA NABI



Sebelum menyenaraikan makanan – makanan, lebih baik kita kemukakan sabda 
Nabi s.a.w berkenaan cara – cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan 

seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan.

Nabi besar Muhamad s.a.w pernah bersabda demikian :
1 . Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan – Nya juga ubat
nya , kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut
petunjuk Al – Qur’an akan lanjut usianya.

2 . Asal segala penyakit ialah. Oleh itu, makanlah apabila anda
kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.

3 . Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu,
jadikanlah ia kebiasaan anda.

4 . Pada pandangan Allah. makanan yang paling baik ialah makanan yang di
makan beramai – ramai.

5 . Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan,
makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan 
dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s

6 . Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang 
panas itu tidak berkat.

7 Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih
rehat. Inilah nasihat yang baik.

8 . Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan
makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. (
pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu
mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat 
berkat , jangan seorang diri saja).

9 . Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi, dalam roti
, dan dalam sup.

10 . Berus gigi dengan ‘miswak’ (berus gigi kayu yang biasanya 
dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian 

berkumur – kumur, kerana kedua – keduanya amalan ini adalah penjaga gigi
.

11 . Gunakan ‘miswak’ kerana amalan ini datang kebersihan, dan 
kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga

12 . Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga
habis langsung ( iaitu tidak membazir).

13 . Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam
kumpulan.

14 . Kurang makan kurang dosa.

15 . Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul 
gandum, barli, kismis, sekoi, lemak, madu lebah, keju, sejenis
pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun


16 . Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada
pangkal paha (sciatica)

17 . Sarapan pagi waktu fajar (dinihari) ada berkatnya

18 . Ketika saya mikra’j, tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak 
berkata, “Wahai Muhamad s. a.w beritahu umatmu supaya berbekam. 

Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan sejenis herba (
costus).

19 . Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.

20 . Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan
kerana berhutang .

21 . Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya
berkata: “Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh
dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau”

"Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi"
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, Jom sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
 

Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008


Penaja Bersama.....