Jemput Klik...

Nak Kenal Tak Family Saya..

Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Yey...dapat botol air

Posted on Jumaat, Februari 24, 2012 by sYaFiQa

Salam....selamat bercuti buat org2 yg bercuti. hihihi...
saje nk update blog ikut suka hati jer...
semalam Ummi belikan satu set Disney Tumbler untuk Ariq n Amir... sebelum ni asyik duk berebut katalog nak tengok Mickey Mouse. Habis katalog Tupperware Ummi lunyai dikerjakan sibudak kembar nih... so pasal kesian Ummi pon hadiahkan utk budak2 ni. Jom kita tengok aksi Ariq yg xlepas2 duk peluk botol2 nih..

tak lepas dr tangan

Ariq kata peace!!

Amir ni sibuk pakai topi koboi Walid

Ummi suruh Ariq senyum.....

Dua2 botol dikebasnya....

Ariq kata senyum mcm ni....


bleh jadi bantal peluk juga...


budak ni kebosanan....


Ade gaya koboi tak??
ni la set tumbler tu. cantik kan??

Tuah Walid

Posted on Ahad, Februari 19, 2012 by sYaFiQa

salam....semalam opis Walid ade anjurkan hari keluarga. Ummi, Ariq n Amir x dapat pergi coz Walid kena bertolak awal coz kena menyediakan peralatan utk set karaoke (ummi pon x pasti ape kebendanya). Alhamdulillah walid antar pemenang GRand Prize iaitu Penyedut Hampagas (haha....Vakum la tu) Lupa lak nk upload gambor. apa pun tahniah pada Walid. dapat juga payung n topi koboi. nti ummi uploadkan gambau nyer....


Ni la hadiahnya....
simpan utk rumah akan datang (bile agaknye ek?)

Buku Baru...

Posted on Isnin, Februari 13, 2012 by sYaFiQa

Salam....td gi jalan2 kat Mydin Mall sementara beli brg2 opis, ummi sempat rembat buku2 utk putera2 tercyg. hehe...




Terbalik la pulak foto dia. nti nk belajar wat origami ni. hehehee...

Demam...ooo...demam...

Posted on Isnin, Februari 06, 2012 by sYaFiQa

Assalamualaikum...sudah lama tidak mengepos artikel kerana tiada idea yg hendak disampaikan. tahap kemalasan juga melanda sejak akhir2 ni.

Sudah lama tidak mendapat demam urat. Mmg sgt menyiksakan sebab banyak kerja tertangguh dan kdg membuatkan rasa sgt tidak berguna bila tidak boleh bergerak ke mana2. saat ini lah baru terasa akan nikmat sihat. Alhamdulillah Allah byk menyedarkan diri aku yg sentiasa terlupa akan nikmat itu. terasa lemah semua sendi. mungkin kerana kurg makan & rehat yg tidak cukup. terasa ingin melakukan semua kerja tapi tak berdaya tapi aku kuatkan juga. Demam kali ni seolah berkonvoi coz anak2 juga demam, begitu juga walid yg bengkak gusi n pipi.

 Alhamdulillah dlm masa 2hari aku sembuh walaupun masih terasa lemahnya. Amir pula demam dengan suhu yg agak tinggi buat aku takut. dia nampak lemah & asyik menangis. Aku berdoa agar demam ini tidak berpanjangan. sentiasa basahkan kepala n badan n sentiasa diambil bacaan suhu badan. sentiasa bacaan 27.5 ke atas hingga 28.9. Mandikan mcm biasa 3kali sehari n bg pakai baju yg agak nipis. mujur la mahu juga minum & makan walaupun sedikit. last2 CikNie cadangkan bg minuman sejuk mcm air kotak atau yogourt. aku bg air kotak sejuk n lepas minum suhu badan dh turun sikit. hari ketiga juga bg minuman yogourt n lepas tu suhu badan makin menurun. Alhamdulillah. tak tingal juga amalkan doa dan aku cuba amalkan Doa utk kurgkan demam panas.




Ariq pula tak semena2 sakit kaki n terpaksa berurut. Alhamdulillah sekali urut dah baik. Ujian dr Allah buat kita lebih tabah walaupun ade juga sesekali mengomel. aku belum cukup tabah sebenarnya. masih perlu mendidik hati. masa ni la baru terasa yg byk berdosa dan bersyukur juga aku dapat mengharunginya walau tidak terlalu tabah. semoga Allah sentiasa memberi aku ruang untuk menebus dosa2 aku yg lalu. semoga Allah menebus segala dosa2ku dengan ujian ini..Jadikan lah aku org yg bersyukur. Amin

Besday Ariq & Amir

Posted on by sYaFiQa

Salam...lama tak meluahkan rasa disebabkan kekangan masa sekarang...
cuma nak bercerita sambutan besday Ariq & Amir dekat Taska nya. kat rumah x buat pun cuma bg wish aje la. hehehe...buat sekali utk cut cost. hihihiii..Semoga anak2 Ummi menjadi anak2 yg soleh & berguna kepada Agama, bangsa & Negara... Amin..

Ucapan terima kasih kepada Guru2 taska & kawan2 coz tolong memeriahkan majlis ini. Juga terima kasih kpd pihak guru2 coz bg hadiah kepada Ariq n Amir.

kwn2 & cikgu2 tlg nyanyikan lagu besday..





besday gift utk kawan2 n cikgu


kek yg menjadi kegeraman ramai...hehehe..

awal2 lg dah ade org cabut bunga...hehehe..

besday boys yg terkejut dgn sambutan besday ni...termangu2 dr td

Yey...dpt Free Gift

Posted on Isnin, Oktober 17, 2011 by sYaFiQa

Salam....sebenarnya x abis lg seronok coz dpt hadiah dr pembelian susu Dugro. tp kena keja keras la cikit. hehehe....mujurla ummi rajin kumpulkan keratan dr plastik susu Ariq n Amir tu. so, jom tengok apa yg ummi dpt. hehe..... dapat la 3set kole ni

cantikkan kotak kole ni

1set ada 3bijik cawan.....

cawan berbentuk love...comey....


byk juga la kena beli susu dugro ni utk dptkan 3set kole ni. hehehe...mujur la budak2 ni minum susu tu.kalu dop jenuh juga la nk beli byk2.


ada juga dapat mangkuk dalam 4biji. x sia2 juga la beli susu ni. :)

Petua2

Posted on Ahad, Oktober 16, 2011 by sYaFiQa

Bersihkan Kuning Kunyit Di Tangan

Untuk menghilangkan warna kunyit di tangan, ambil sesudu teh kapur makan dan sapukan pd tangan anda. basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam. Insya Allah warna kuning dapat dihilangkan. (Mingguan Wanita)

Gula Melaka Tahan Lama

Untuk mengatasi masalah gula melaka cepat berbau dan supaya tahan lebih lama, tabur sedikit tepung gandum di atas gula melaka dalam bekas kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama. (Mingguan Wanita)

Related Posts with Thumbnails

Klik2

Penaja Bersama.....