Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label penyakit kanak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyakit kanak2. Papar semua catatan

Anak Cirit -Birit?? Penyelesaiannya

Posted on Selasa, April 12, 2011 by sYaFiQa

Salam...anak2 saya kerap cirit-birit. skrg Amir pulak cirit-birit dan menyebabkan bahagian punggung nye melecet n merah. stiap kali nk basuh pooopoo nya mesti dia menagis dulu... kesiannya tengok tp apakan daya...terpaksa basuh juga utk elakkan makin teruk...

Tips utk elakkan kesan melecet makin teruk :

  1. apabila selesai anak poopooo, terus basuh atau kalau pedih, alirkan air dan lap najis perlahan2
  2. pastikan kulit kering semasa memakaikan pampers atau lebih baik pakaikan dengan lampin kain utk lebih selesa
  3. sapu ubat / krim yg diberikan oleh doktor, jgn terlalu tebal kerana kulit bayi agak sensitif dan lembut. Ada krim yg boleh menyebabkan parut pd kulit bayi. sy guna kan jenama foban atau candacort.

so, sesambil blogwalking terjumpa la blog http://klinik-ibuaiman.blogspot.com mengenai cirit birit ni. penulis merupakan seorg doktor.


MAKLUMAT PENTING JIKA ANAK CIRIT-BIRIT


Saya kerap menerima soalan-soalan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan apabila anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan maklumat asas yang perlu diketahui oleh ibu bapa jika anak-anak mereka mengalami cirit-birit. Cirit-birit perlu ditangani dengan bijak oleh semua ibu bapa agar komplikasi yang buruk tidak akan terjadi kepada kanak-kanak terlibat. Antara sebab-sebab berlakunya cirit-birit adalah makanan yang diambil oleh kanak-kanak telah tercemar oleh kuman-kuman samada semasa penyediaan makanan tersebut atau kerana makanan tersebut telah dihinggapi lalat. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan cirit-birit.

1. Antara faktor-faktor cirit-birit
a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?
Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?
Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?
Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:
a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.
5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?
Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?
Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?
Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?
Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.

Semoga maklumat di atas boleh dijadikan panduan yang berguna untuk anda semua....:)

 
Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008

Tips rawat anak demam, batuk dan selsema secara alami

Posted on Ahad, April 10, 2011 by sYaFiQa

Salam, sy dapat tips ni dr Fizanur. Tips ni mmg berguna utk anak2 sy yg mmg kerap demam, selsema & batuk. tiap bulan mcm jd wajid lak kena demam...huhu... ubatnya x yah ckp la, mmg berbotol2 abis...

Tips rawat anak demam, batuk dan selsema secara alami

Sebenarnya, agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:

1. Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus, antibiotik tidak sesuai kerana antibiotik dicipta untuk membunuh bakteria. Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tapi ada kesan sampingan yang merbahaya. Jadi, ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.

2. Nasal spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak. (Tak silap saya, saya pernah diberikan nasal spray ni untuk anak saya tapi saya ingat lagi wajah doktor tu macam serba salah..)

3. Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang berumur 2 tahun ke bawah. Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak. (Ya.. memang benar, saya setuju sangat-sangat kerana anak saya terus-terusan batuk walau ubat dah habis sebotol)

Cubalah cara yang pastinya selamat dan berkesan:

1- Bagi kanak-kanak yang tidak lagi menyusu, banyakkan meminum air suam.
2- Apabila mandikan anak, mandikannya dengan air suam. 
3- Banyakkan menghidu udara lembap atau udara berwap. Caranya ialah, pasangkan air shower panas di dalam bilik air, pastikan pintu bilik air sentiasa tertutup dan anda akan dapati seluruh bilik air akan berwap dan lembap. Dukung anak anda untuk beberapa minit bagi membolehkan si anak menghirup udara berwap itu tadi. Jika tiada shower, air panas yang dimasak di dapur, masukkan dalam baldi di bilik air juga pasti menjadikan bilik air berwap.
4- Tepuk belakang anak 11 kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong seperti gambar ini: Ini bagi melonggarkan kahak dan supaya ia jatuh dan keluar melalui najis ataupun muntah. Saya rasa lega kalau anak saya muntah kerana kahaknya pasti keluar juga.



Gambar Aula. Malas nak snap.:)



PERHATIAN: Bukan letak anak di bawah air shower yang panas itu. Nanti melecur la pulak.:)


Ini tips yang dikongsikan oleh Ibu Addinnasa:

Selepas kelahiran Nasa, ibu tidak panik untuk melalui fasa anak kurang sihat....petua yang diajar oleh bidan Makcik Maznah ibu amalkan sehingga kini dan alhamdulillah sangat berpuashati. Apa kata makcik Maznah?
  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.


semoga kita dpt manfaat dr artikel ini. tq Fizanur & Ibu Addinnasa

Ariq Jupe Dokter

Posted on Khamis, Januari 27, 2011 by sYaFiQa

Salam ptg kamis....

Ummi n Walid baru selesai jumpa dokter pakar kat HSNZKT bg temujanji Ariq setiap 3bulan. Ariq sgt baik hari ni n ceria sekali. masa nak timbang n ukur tinggi pon dia tak nangis dah. kalu dulu mesti meronta2 bila tengok mesi. Masa jupe doc pon Ariq ok jer.... masa doc nk cek pernafasan pon dia tak nangis lg. Doc tu pon mcm pandai jer amik hati Ariq. TQ Dr... lupa lak nama... hmmm....Ariq dh paham agaknya. Punya la lama tgu baru leh jupe doc. satu hal lg tgu ubat. aduhaiii...punye la sejuk farmasi dia, macam duk dlm freeze jer...pegi kul 10.30pg kul 2ptg baru sudah...


Ariq ketawa besar bila Ummi snap gambor die
   
Mcm2 aksi Ariq

si mata sepet....

Alamak suar xpakai ler...

Cenyum....

ASMA / LELAH

Posted on Khamis, Disember 16, 2010 by sYaFiQa

Salam...
Oleh kerana Ariq ada lelah, so Ummi pon m"ggoggle" la pasai Asma/lelah ni. Tak pasti pulak mana dtgnya penyakit lelah Ariq ni. Sejarah keturunan xde pulak. Maybe sebab Ummi ada resdung yg teruk agaknya, doktor kata resdung pon boleh menyumbang juga. Ariq start kena lelah masa umur 9bulan. sian dia, asyik kena sedut jer. 

Paling parah masa umur 1tahun 4bulan. Ariq demam teruk dan kena jangkitan paru2. seminggu juga la menetap kat spital.....Utk ibu bapa yg ada resdung teruk pon kena berjaga2 la. Ariq alah pd cuaca sejuk, terlampau aktif, makanan sejuk n manis, debu. Kulit Ariq juga kering n selalu kena pakai lotion la.....

Kena pakai mask utk oksigen n gas sedut asma. time tido jer leh pakai...

Cian...tangan Ariq kena cucuk....pilu hati Ummi

muka Ariq bengkak coz kena masuk air.....

Ariq kat icu coz dpt batuk teruk n sesak nafas....byk tul wayar. harap2 pahni xjd mcm ni lg

peralatan ASma Ariq

Inhaler - utk mencegah lelah (guna bila terdapat tanda2 nak lelah)

Inhaler - utk merawat (guna setiap hari 2x kali sehari)

Aero Chamber - sambungan inhaler ke muka kanak2


 Jom kita baca, apa tu ASMA@Lelah....

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.
Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan
Sedutan (Inhaler)
Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.
Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.
Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.
Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)
Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.
Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma
  1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.  
  2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri. 
  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga. 
  4. Pewarna makanan. 
  5. Asap dan debu. 
  6. Debu/kutu rumah (house mite). 
  7. Senaman berlebihan. 
  8. Tekanan.  
  9. Jangkitan seperti virus dan selsema. 
  10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap. 
  11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.
Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.
Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.
Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.
Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor.
Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.
Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.
Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

Penaja Bersama.....