Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label kanak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanak2. Papar semua catatan

Yey...dapat botol air

Posted on Jumaat, Februari 24, 2012 by sYaFiQa

Salam....selamat bercuti buat org2 yg bercuti. hihihi...
saje nk update blog ikut suka hati jer...
semalam Ummi belikan satu set Disney Tumbler untuk Ariq n Amir... sebelum ni asyik duk berebut katalog nak tengok Mickey Mouse. Habis katalog Tupperware Ummi lunyai dikerjakan sibudak kembar nih... so pasal kesian Ummi pon hadiahkan utk budak2 ni. Jom kita tengok aksi Ariq yg xlepas2 duk peluk botol2 nih..

tak lepas dr tangan

Ariq kata peace!!

Amir ni sibuk pakai topi koboi Walid

Ummi suruh Ariq senyum.....

Dua2 botol dikebasnya....

Ariq kata senyum mcm ni....


bleh jadi bantal peluk juga...


budak ni kebosanan....


Ade gaya koboi tak??
ni la set tumbler tu. cantik kan??


Pada siapa yang tercari-cari income sampingan atau memang mencari peluang untuk impian lebih besar, sertai keluarga besar kami, in shaa Allah anda tidak akan menyesal. Bertindaklah sekarang!!!
Sertai kami dengan isikan borang di bawah:
atau
telegram / whatsApp: 014-8027008

Besday Ariq & Amir

Posted on Isnin, Februari 06, 2012 by sYaFiQa

Salam...lama tak meluahkan rasa disebabkan kekangan masa sekarang...
cuma nak bercerita sambutan besday Ariq & Amir dekat Taska nya. kat rumah x buat pun cuma bg wish aje la. hehehe...buat sekali utk cut cost. hihihiii..Semoga anak2 Ummi menjadi anak2 yg soleh & berguna kepada Agama, bangsa & Negara... Amin..

Ucapan terima kasih kepada Guru2 taska & kawan2 coz tolong memeriahkan majlis ini. Juga terima kasih kpd pihak guru2 coz bg hadiah kepada Ariq n Amir.

kwn2 & cikgu2 tlg nyanyikan lagu besday..





besday gift utk kawan2 n cikgu


kek yg menjadi kegeraman ramai...hehehe..

awal2 lg dah ade org cabut bunga...hehehe..

besday boys yg terkejut dgn sambutan besday ni...termangu2 dr td

Buku Doa Untuk Anak2

Posted on Rabu, September 28, 2011 by sYaFiQa

Salam, setelah lama menyepi, hari ini nk star blogging semula. disebabkan kekangan masa yg menyebabkan aktiviti ini tergendala. huhuhu....rasa banyak perkara yang nk dikongsi tp kekeringan idea pun menyumbang dalam hal ini. saje je sebenarnya nak kongsi sedikit ilmu. baru jer beli buku ni, x mahal tp mungkin dapat membimbing kita dalam membentuk anak2 yang berdepan dengan cabaran yg maha hebat skrg ni.



Ariq yang lawak

Posted on Isnin, Julai 04, 2011 by sYaFiQa

Salam....malam ni Ariq & walid duk menonton citer si stephen chow kat tv3. Ariq skrg dah ade respon bila tengok tv. asyik ketawa jer dia bila tengok aksi si stephan chow tu. Ummi dia pon minat juger. lawak tul. satu lg citer lawak yg dia suka ialah Mr. Bean. kalu dia tengok mesti ketawa sorang. entah paham ke tidak, ummi pon xtau. geng dia dah tido, sebab tu elok2 jer kwan ngan walid plak. hahaha.....Ariq2

hahaha.....sape la yg x kenal pakcik nih
tak bergerak2 dr td.....
khusyuk tul tengok tibi tuh.

Lagu Kanak-Kanak (Alif Baa Taa)

Posted on Ahad, Julai 03, 2011 by sYaFiQa

Salam....skrg kalau nk bg bdk berdua ni duk diam, pasang je laptop lagu kanak2, mesti diorg terpegun juga la, so bleh la ummi wat keje2 kat dapur jap. hihihiii...Jom kita tengok lagu seterusnya. Ariq dh bleh hafal dah lagu ni, Amir pun dh start nyanyi tp masih lum jelas sangat sebutannya...Sila la tengok. sungguh comel kanak2 ni.


Aktiviti Mandi Mande Di Ptg Hari

Posted on Khamis, Jun 16, 2011 by sYaFiQa

Salam....ni siaran tertunda sebenarnya.... Ariq n Amir bermandi manda ngan sorang awek yg bernama Akilah... Jom tengok aksi2 diorg....agak cekci juga gambar2 nih...hehehe......... Akilah ni sebenornya sepupu diorg yg duk kat Kajang.....









haaa....seronok betul main air sampai xmo naik. siap nangis2 lg walaupon mengigil2. hehehe....
seronok pon kena berpada2 juge yer?
bye....

Twinkle Twinkle Little Star

Posted on Rabu, Jun 08, 2011 by sYaFiQa

Salam....saje nk kongsi lagu kegilaan Ariq n Amir....


http://www.youtube.com/watch?v=yCjJyiqpAuU&feature=related

Anak Bijak? Bagaimana Caranya?

Posted on Sabtu, Mei 07, 2011 by sYaFiQa

salam....dpt artikel ni dr Relexjap...untuk perkongsian bersama...Dr Azlan. A. Raof

pls read..interesting article to try...insyaAllah, berkesan

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain. 

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die
sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak
baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai
dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak
kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah
marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari
atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam
tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat
dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia
nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n
ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card
seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja
perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat
dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat
die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak
kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar
kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak
korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas,
origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ..
satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah
sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu
kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak
kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab
depa makan guna chopstik...chopstik tu
mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh
simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik
kat cara no. 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu
memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa
merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi
option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop
six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak
tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi
ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat
setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and
relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka
tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri
sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha
Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi
kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia
boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
~Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

~Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

..::*The wise never marry, if they do, they will become otherwise*:: ..
____________ _________ _________ _________ _________ ____

Best wishes,

Ms. Eti F. Zainudin

Jom Nyanyi Lagu NegaraKu...

Posted on Khamis, Mei 05, 2011 by sYaFiQa

Jom tengok budak kecik ni nyanyi...



Ni la penyanyi solo n latarnya.... hihihiiii

Taska Baru Ariq n Amir....

Posted on by sYaFiQa

salam.....Ariq dan Amir dh masuk taska baru. Taska kt tempat kerja Walid juga, senang sikit nk ulang-alik nk tengok diorg berdua nih. Ni sesi perkenalan baru....ok jer sebab Ummi n Walid ade... jom2 kita roll....

Ape ni? Tanya Ariq....

tengah test skill...

Meja lak jd kerusi....

Walid tengah soal cikgu....

Cikgu tengah layan Amir n Ariq main....

Aumm....cak...

Amir test power...

Amacam? teret kan...kan.......ok tak??

Merenung jauh....hehehe....

Isu Makan Hati & Organ Dalaman

Posted on Rabu, Mei 04, 2011 by sYaFiQa

Salam.....ni dpt email dr sahabat Milawati. Terima kasih Puan Mila...

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?
 
Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan N ya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1.        Hati

2.         Jantung

3.        Paru-paru

4.        Perut

5.        Hempedal

6.        Buah pinggang

7.        Jantung

8.        Buah pinggang

9.        Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

10.      Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut
Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX . Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah  bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1.        Elakkan dari makan sebarang organ  dalaman seperti hati dsbnya.

2.    Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3.        Elakkan minuman bergas

4.       Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5.        Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6.        Makan buah delima

7.        Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.
Sekian wassalam wallahualam

Emjay    

Jom tengok ~ He ran with Scissors

Posted on Selasa, Mei 03, 2011 by sYaFiQa

Salam....dpt email dr kawan. Perlunya mak bapak simpan Gunting elok-elok dalam laci...BAHAYA bila budak2 main..! Seram tengok gambar2 nih...





Nauzubillah...Ya Allah jauhi lah anak2 ku dr segala kejahatan dan kesusahan....

Penaja Bersama.....