Bersihkan Kuning Kunyit Di Tangan
Untuk menghilangkan warna kunyit di tangan, ambil sesudu teh kapur makan dan sapukan pd tangan anda. basuh dengan sabun dan cuci dengan air suam. Insya Allah warna kuning dapat dihilangkan. (Mingguan Wanita)
Gula Melaka Tahan Lama
Untuk mengatasi masalah gula melaka cepat berbau dan supaya tahan lebih lama, tabur sedikit tepung gandum di atas gula melaka dalam bekas kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama. (Mingguan Wanita)
Petua2
0 tukang komen Filed Under: info, Petua | Continue>>>
10 Cara Meraikan Ramadhan
1 tukang komen Filed Under: info, Ramadhan | Continue>>>
Tahukah...anda?
Assalamualaikum..........
Yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang in..
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema Dan beralun.
Sehingga kini Kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anj**g? Benar!! Coklat mampu
Merosakkan sistem pernafasan Dan jantung anj**g. Dengan ounces yang Banyak mampu membunuh seekor anj**g bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang Kita pakai sekarang in mengandungi sisik Ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan Dan Bukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan Jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan Sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju Dan pergerakan aksinya Tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar
Biasa dari orang lain.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor Nyamuk hanya dikaburi Dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan Di mana mangsa berada.
10. Pakar Dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah Diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman Berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan Mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 Hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki Dan baring secara telentang, Kita tidak Akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam Sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap Tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling Banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang Berleluasa Dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton TV.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk Penduduknya.
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya Menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne Segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas Dan naik semula Dan Turun kembali Dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo DA Vinci juga mencipta gunting Dan beliau menghabiskan 10 Tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk Bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu Tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini Dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda Kita Sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
29.Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk Mengesahkan tiada no 8. Kan ? Kan?
Huhu tkena ker?? Jgn mare....hehehe
0 tukang komen Filed Under: info, nuffnang | Continue>>>
Kacang Soya Mengalih Kita Dari Pemakanan Sunnah, Wajah Hitam Kacang Soya!
- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
0 tukang komen Filed Under: info, kacang soya, makanan minuman | Continue>>>
Minat punye pasal
![]() |
Ummi kidnap walid punyer balang kaca |
![]() |
Yang ni ummi cilok pokok tok mama punyer. mekasih tok mama |
![]() | ||
amacam? cantik tak?? |
0 tukang komen Filed Under: aktiviti, bertanam, Ibu, info, pokok | Continue>>>
Selamat Hari Walid
Salam.... sajak2 ni di ambil di blog azhad.com
Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 19 Jun 2011. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu seperti yang pernah disentuh blog ini tahun lepas. Di samping itu ada juga pihak yang menyarankan untuk tidak menyambut hari bapa ataupun hari ibu ini. Walaupun begitu ada juga pihak yang mengambungkan sambutan kedua-dua hari ini dan mengingatkan bahawa ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun.
Ketika hari ibu bulan lepas saya telah menyenaraikan beberapa sajak yang ada kaitan dengan ibu. Jadi pada bulan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaparkan beberapa sajak yang ada kaitan dengan insan yang dipanggil bapa, ayah, papa, atau abah pula. Akhir sekali adalah lagu Sentuhanmu dari kumpulan In-Team.
Selamat Hari Bapa Kepada Abah Wan….
tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….
kerana abah aku disini
kerana abah aku gembira
kerana abah kuterasa bahagia…
abah oh abah
abah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
abah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa kepada abah wan…
Syazwan
June 2007
A Dad
A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!
Nur 87
Jan 07
Ayahanda Tercinta
Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada ana di dunia..
airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung...
ayah...
adik terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..
ayah...
adik sayangkan ayah..Kenapa kita dipisahkan??
Kenapa kita tak dapat bersama seperti mereka2 yang lain..terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...
ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu...
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi...
apakan daya...jarak memisahkan kita..
ayah...
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..
ayah..adik menyanyangi mu!!
abid 19
Jun 2007
Ayah
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...
Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja
Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan
Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa
Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga
Little Mike
Jun 2007
Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
3 tukang komen Filed Under: bapa, info, lelaki, walid | Continue>>>
KAABAH ENGGAN BERGERAK
From Google |
0 tukang komen Filed Under: info, kaabah, renungan | Continue>>>
Rumah Idaman...
Salam....tengok ruangan opis yg agak serabut, sy pon try la tengok2 kt web kot2 ade design yg menarik. tp terjumpa la umah yg agak unik ni di blog Ekspresi Ruang. Untuk tengok dekorasi terkini bleh la gi kt blog ni. terima kasih pada tuan empunya blog. Jom kita tengokk....
Rumah Berbentuk Daun Di Tepi Laut Rio de Janeiro
Keunikan rumah yang diberi nama Casa Folha ini terletak pada rekabentuknya yang menyerupai daun-daun yang dibentuk secara simetri yang kompleks. Casa Folha ini direka oleh Mareines dan Patalano dan terletak di Rio de Janeiro, Brazil. Selain daripada keunikan rekabentuknya, kemewahan rumah ini pastinya terletak pada kualiti kayu yang menjadi asas binaannya dan juga lokasinya di tepi pantai, siap ada dengan jeti sendiri lagi. Pencahayaan rumah ini memang cantik. Demi memastikan karekter rumah ini sangat hebat pada waktu malam, perekanya banyak menggunakan konsep 'hidden lights' yang menyuluh ke struktur kayu dalam rumah ini.0 tukang komen Filed Under: info, Rumah Idaman | Continue>>>
Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Updated!
Di petik dari Blog Sharing Knowledge. Thankss
Games Yang Menghina Islam! (Wajib Baca!) Updated!
1) Devil May Cry 3Permainan Undying dirampas kerana hina Islam
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.
Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.
Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.
Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.
3) Zack And Wiki
Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?
Tindakan yang dibuat:
Ada 2 kemungkinan di sini.
a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.
Zodiak Virgo:
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:
UPDATED @ 5/3/2011
Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.
Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
0 tukang komen Filed Under: Games, info | Continue>>>
Petua Amalan Kebahagiaan Rumah Tangga...

0 tukang komen Filed Under: Family, info, isteri, Petua, suami | Continue>>>
New Drug in Schools...PLEASE READ
This is a new drug known as 'strawberry quick '.
There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.
There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.
Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.
Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately.
Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring.
0 tukang komen Filed Under: berita, info | Continue>>>
MANDI WILADAH (BAGI POMPUAN LEPAS BERSALIN JER...)
Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita
memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak
boleh kira overall saja.
Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini
maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua'lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak
mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun
Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan
oleh saudari kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari
dan disaksikan oleh saya & juga Anisah Ghazi....
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've
talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there
exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering
tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being
sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah
berada di dalam keadaan bersuci...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila
ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib
mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka
ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la
sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.
Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut
masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua
orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil
inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal
ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati
dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran
cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak
keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan
kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja
kepala bayi keluar.
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".
Tu la saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu
mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir
balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga
pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelahiran..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. . dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap
hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dng air sejuk..
cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah .
Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.
Wallahua'lam..
0 tukang komen Filed Under: Family, Ibu, info, wanita | Continue>>>
Selamat Hari Ibu.....Renungilah Wahai Anak2
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang
untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh
siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Ibu....Aku Sayang Kamu...
0 tukang komen Filed Under: cik, Family, Ibu, info, renungan | Continue>>>
Anak Bijak? Bagaimana Caranya?
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.
Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die
sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak
baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai
dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak
kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah
marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari
atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam
tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat
dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia
nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n
ahad.
2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card
seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja
perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat
dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat
die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak
kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar
kat mana-mana dsb.
3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak
korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas,
origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... ..
satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah
sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu
kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak
kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab
depa makan guna chopstik...chopstik tu
mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh
simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik
kat cara no. 1 tadi, and mintak maaf kat die.....
5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu
memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa
merapu...... .
6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi
option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop
six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak
tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi
ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat
setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and
relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka
tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri
sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha
Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi
kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia
boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
~Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
~Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.
..::*The wise never marry, if they do, they will become otherwise*:: ..
____________ _________ _________ _________ _________ ____
Best wishes,
Ms. Eti F. Zainudin
1 tukang komen Filed Under: aktiviti, info, kanak2, motivasi, Petua, renungan | Continue>>>