Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

ASMA / LELAH

Posted on Khamis, Disember 16, 2010 by sYaFiQa

Salam...
Oleh kerana Ariq ada lelah, so Ummi pon m"ggoggle" la pasai Asma/lelah ni. Tak pasti pulak mana dtgnya penyakit lelah Ariq ni. Sejarah keturunan xde pulak. Maybe sebab Ummi ada resdung yg teruk agaknya, doktor kata resdung pon boleh menyumbang juga. Ariq start kena lelah masa umur 9bulan. sian dia, asyik kena sedut jer. 

Paling parah masa umur 1tahun 4bulan. Ariq demam teruk dan kena jangkitan paru2. seminggu juga la menetap kat spital.....Utk ibu bapa yg ada resdung teruk pon kena berjaga2 la. Ariq alah pd cuaca sejuk, terlampau aktif, makanan sejuk n manis, debu. Kulit Ariq juga kering n selalu kena pakai lotion la.....

Kena pakai mask utk oksigen n gas sedut asma. time tido jer leh pakai...

Cian...tangan Ariq kena cucuk....pilu hati Ummi

muka Ariq bengkak coz kena masuk air.....

Ariq kat icu coz dpt batuk teruk n sesak nafas....byk tul wayar. harap2 pahni xjd mcm ni lg

peralatan ASma Ariq

Inhaler - utk mencegah lelah (guna bila terdapat tanda2 nak lelah)

Inhaler - utk merawat (guna setiap hari 2x kali sehari)

Aero Chamber - sambungan inhaler ke muka kanak2


 Jom kita baca, apa tu ASMA@Lelah....

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.
Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.
Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.
Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.
Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.
Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.
Asma pada kanak-kanak
Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.
Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.
Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.
Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.
Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.
Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan
Sedutan (Inhaler)
Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.
Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.
Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.
Ubat sedutan ini antara lain:
1. Selamat dan cepat memberi kesan.
2. Ubatnya berkesan selama empat jam.
3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.
4. Ulang setiap dua atau tiga jam
5. Boleh digunakan sebelum bersenam.
6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet (makan)
Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya.
Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan asma
  1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.  
  2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri. 
  3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga. 
  4. Pewarna makanan. 
  5. Asap dan debu. 
  6. Debu/kutu rumah (house mite). 
  7. Senaman berlebihan. 
  8. Tekanan.  
  9. Jangkitan seperti virus dan selsema. 
  10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap. 
  11. Genetik.

Apa patut anda buat jika diserang asma.
Sebaik sahaja serangan bermula, ambil ubat sedutan. Tunggu hingga 15 20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan.
Jika anda merasakan kesan ubat, ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan.
Jika ubat yang diambil tidak berkesan, cepat-cepat berjumpa doktor.
Bagaimanapun, ubat-ubatan yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk, loya, muntah, darah gemuruh, kesukaran hendak tidur dan letih.
Jika ubat yang diambil meninggalkan kesan sampingan dan menjejas kehidupan seharian, anda dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor.
Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu.
Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir anda sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam.
Selepas mengambil ubat, anda perlu berkumur-kumur, terutama jika anda diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak anda menjadi kering.
Pesakit juga harus ingat, selain rawatan ubat-ubatan, mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.

Peringatan :
1. Ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti hingga dinasihat oleh doktor.
2. Jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma anda semakin meruncing.
3. Bawa ubat anda ke mana-mana anda pergi terutama penyedut/inhaler.
4. Elakkan menghisap rokok atau berada berdekatan orang yang menghisap rokok.
5. Senaman baik untuk kesihatan (ketika anda tidak mendapat serangan asma) tetapi dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
6. Ambil ubat sebelum anda jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
7. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasa bawa nota (untuk ubat) daripada doktor anda.

JELITA, JULAI 1997, M/S 170 -171

4 Responses to "ASMA / LELAH":

~izan~ says:

Salam kenal...

tersentuh betol hati tgk gmbr2 Ariq tu... izan pun baru je g klinik td check anak sulung ni sbb dia bernafas lain mcm je..takot asma.

semoga ariq cepat sembuh.mmg tak smpai hati tgk si kecik mcm tu...cepat2 ye sembuh...

sYaFiQa says:

Salam Izan_cute...
Mmg sedih tgk Ariq mcm tu. Duduk dekat hospotal mmg lemah semangat sebab tengok mcm2 ragam pesakit terutamya kanak2. Mmg kesian sgt2. x sangup pegi lg...huhuhu... Ariq dh makin sihat skrg...Alhamdulillah. tq

~izan~ says:

oo ye ke..Alhamdulillah...bley aktif main smula =D

sYaFiQa says:

Ye la....ariq ni mmg aktif sgt2...hehehe

Penaja Bersama.....