Lawak......Kisah di suatu malam...

Posted on Selasa, November 30, 2010 by sYaFiQa

From my pren....



Kisah bermula pada suatu malam...
Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie
Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong.
Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan
kawasan pembakaran mayat India... tiba-tiba kereta yang
dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya,
walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut
baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak
kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari
bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa
nak tolong, kereta rosak tepi jalan.
Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari
arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan
walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah
jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai.
Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada
pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri.
Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing
kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan
dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau
hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula
tercium bau macam-macam…Waktu tu tuhan aje yang tau betapa
takutnye mereka.
Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu,
Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu
Nak cekik aje…tiba2…

“Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang”
Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak
dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut
dalam keadaan yang termengah-mengah.

hahahhaaa....gelak la....

2 Responses to "Lawak......Kisah di suatu malam...":

Tanpa Nama says:

Artikel ini sangat menarik, terutama karena saya sedang mencari pemikiran tentang hal ini Kamis lalu subjek.

Tanpa Nama says:

Baik pengiriman dan posting ini banyak membantu saya dalam tugas kuliah saya. Terima kasih Anda sebagai informasi Anda.

Penaja Bersama.....