Salam....dpt artikel ni dr seorg sahabat. Hanya untuk perkongsian bersama...
Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh
Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia....
Ceritanya begini....
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama
menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat
seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....
tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam
lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas
lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang
baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat
yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang
bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat
tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu
lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya
juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat
dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang
negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.
Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada
tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia kan duduk di satu sudut Baitullah
dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan
Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk
mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar
tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ....
1 tukang komen:
Belum ada rezeki nak ke sana. Tapi insya Allah satu hari nanti pasti sampai jua. :D
anastasyea's latest post .. #Maxis10 - Apa yang best dengan HTC Desire S
Catat Ulasan