Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Posted on Rabu, Mac 25, 2009 by sYaFiQa

Diriwayatkan daripada Barra2 bin ' Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن ...
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah
kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di
lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan.
Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu
akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang
badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika
menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dariAustralia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian
kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap
dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ' Times ' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah
menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur
meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah
meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. Baginda melihat seorang lelaki
meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah
dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut
akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan
hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang
disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di
musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan
radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit
oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi
kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi
kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan
menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke
kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut
kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang
tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri
memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru
kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung
benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan
tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini
memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses
penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I ' jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr
Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

0 Responses to "Posisi tidur menurut Islam dan Sains":

Penaja Bersama.....