Lagu Kanak2 Part II

Posted on Ahad, Disember 12, 2010 by sYaFiQa


Salam...Ummi ingin kongsi lirik lagu kanak2 yg ummi jumpa....
Tq pd : www.MyTadika.com

LIRIK 1
BANGUN PAGI"
BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,
PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,
RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,
KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA !

LIRIK 2
"TANGAN SAYA"
TANGAN DI KEPALAKU,
DI MUKA DAN DI BAHU,
DI PINGGANG, DI SISI,
DI BELAKANG KU SEMBUNYI,
KU ANGKAT TINGGI, JEJARI KU MENARI,
KE DEPAN TANGAN KU,
TEPUK TANGAN BERSAMA, YES !

LIRIK 3
"MANA IBU"
MANA IBU, MANA IBU,
DI SINI, DI SINI,
APA KHABAR AWAK,
SAYA KHABAR BAIK,
LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI.
(ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)

LIRIK 4
"TANYA SAMA POKOK"
TANYA SAMA POKOK, APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK, ANGIN YANG GOYANG,
TANYA SAMA ANGIN, APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB ANGIN, TANYALAH AWAN.
AWAN NANTI KATA, AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH, AKU PUN CAIR,
LIHAT DALAM AIR, NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU, BAYANG PUN HILANG.

LIRIK 5
"RUMAH KECIL SAYA"
RUMAH KECIL SAYA, ADA TAMAN BUNGA,
BUNGA WARNA WARNI, HARUM DAN WANGI,
RUMAH KECIL SAYA, ADA TINGKAP DUA,
LANGSIR WARNA BIRU, DIBUAT IBU

0 Responses to "Lagu Kanak2 Part II":

Penaja Bersama.....