Ariq

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Amir

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Petua2 utk baby & ibu2

Posted on Selasa, Disember 14, 2010 by sYaFiQa

Salam...Ummi nak kongsi petua-petui utk rujukan ibu2, mak2, mama2 .... mana la tau kot2 dpt membantu.....

From : Majalah Pa&Ma & pengalaman sendiri

PENAMBAH TENAGA
Bagi anda yang baru melahirkan anak memang sering berasa letih. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu menumbuk lumat bawah puting, halia, halia bara, madu lebah dan ragi. Kemudian bahan tersebut digentel mengikut saiz yang boleh ditelan. Lakukan selalu untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.


LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH
Sewaktu melahirkan bayi, biasanya faraj ibu akan terkoyak atau pun dijahit selepas dilakukan episiotomi. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, ambil 5 helai pucuk jambu batu dan 3 keping asam gelugur. Kemudian rebus dengan 2 gelas air. Biarkan air rebusan itu suam. Kemudian air rebusan tai digunakan untuk mencuci faraj. Ummi pernah guna buah manjakani, asah pah tu lumur kat tempat jahit. (Masa bersalinkan Ariq luka jahitan terkoyak sikit, mujurlah x kena jahit semula...ngeri nyer!!) Insya Allah luka cepat sembuh juga....

PENAWAR SELEPAS BERSALIN
Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.

RAWAT SELESEMA
Menjadi seorang ibu sememangnya banyak cabaran terutama sewaktu anak-anak masih lagi bayi. Masalah utama adalah kesihatan. Selesema akan membuat bayi akan berasa tidak selesa dan meragam. Untuk mengatasinya, cuba tumbuk sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Tepekkan ke atas hidung bayi sewaktu ia sedang tidur. Pasti tidurnya akan lena kerana selesema akan cepat kering. Ada juga org cakap guna getah sirih sapu kat hidung baby. Ummi skrg guna minyak Yuyi, sapu kat seluruh kaki termasuk jari2 kaki baby...lepas tu insya Allah, baby dpt bernafas dengan selesa....


Minyak Yuyi




UBAT GIGITAN
Jika anak digigit nyamuk atau serangga, ambil sedikit kapur makan dan sapukan pada kawasan yang digigit.

2 Responses to "Petua2 utk baby & ibu2":

Unknown says:

petua yang bagus utk perkongsian bersama...

sYaFiQa says:

ye la...utk perkongsian semua

Penaja Bersama.....