From : Faridah Hanom
To : Warga Relexjap
sekadar hiasan.... |
Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa
menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan
kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah
program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara didikan yang
boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu
selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang
lebihtua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu
macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca basmalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan kemulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut
dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.
Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat.
Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi
perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang
paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang
jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik.
Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah
atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak
di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk
itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat
macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina
masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta
pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."
4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan
diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan.
Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk
apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada.
Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan
menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara
yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

0 Responses to "Membina peribadi di waktu makan":
Catat Ulasan