Salam...Ummi cdg nak daftar SSPN utk budak berdua nih....so, nak google2 sikit pasai SSPN nih...
From : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/am
Maklumat Am
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Syarat Penyertaan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
-
Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM3,000 setahun;
-
Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas *;
-
Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
-
Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
-
Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
-
Kemudahan menyimpan di lebih 1,500 ejen PTPTN; dan
-
Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Pelepasan cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN:
- Ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
- Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM3,000 seorang setahun;
- Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM3,000 setahun; dan
- Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan cukai.
|
Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN iaitu:
Kategori 1:
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.
Kategori 2:
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.
Kategori 3:
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri. |
- Kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center, KL Sentral;
- Kaedah potongan gaji SSPN; dan
- Melalui ejen PTPTN.
Bank | Kaunter | Online | *e-SSPN (laman web PTPTN | Debit Terus | Arahan Tetap | Phone Banking | ATM / Mesin Deposit Tunai |
BSN | / | | | | / | | / |
CIMB Bank | / | / CIMBClicks | / | | | | |
Agro Bank | / | | | / | | | |
BIMB | / | | / | | | | |
Bank Rakyat | / | | | | | | |
Maybank | / | / Maybank2u.com | / | | / | / | / |
* e-SSPN turut menyediakan kemudahan simpanan kepada pelanggan Hong Leong Bank dan Public Bank. | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | |
|
0 Responses to "Apa itu SSPN?":
Catat Ulasan