Assalamualaikum...sudah lama tidak mengepos artikel kerana tiada idea yg hendak disampaikan. tahap kemalasan juga melanda sejak akhir2 ni.
Sudah lama tidak mendapat demam urat. Mmg sgt menyiksakan sebab banyak kerja tertangguh dan kdg membuatkan rasa sgt tidak berguna bila tidak boleh bergerak ke mana2. saat ini lah baru terasa akan nikmat sihat. Alhamdulillah Allah byk menyedarkan diri aku yg sentiasa terlupa akan nikmat itu. terasa lemah semua sendi. mungkin kerana kurg makan & rehat yg tidak cukup. terasa ingin melakukan semua kerja tapi tak berdaya tapi aku kuatkan juga. Demam kali ni seolah berkonvoi coz anak2 juga demam, begitu juga walid yg bengkak gusi n pipi.
Alhamdulillah dlm masa 2hari aku sembuh walaupun masih terasa lemahnya. Amir pula demam dengan suhu yg agak tinggi buat aku takut. dia nampak lemah & asyik menangis. Aku berdoa agar demam ini tidak berpanjangan. sentiasa basahkan kepala n badan n sentiasa diambil bacaan suhu badan. sentiasa bacaan 27.5 ke atas hingga 28.9. Mandikan mcm biasa 3kali sehari n bg pakai baju yg agak nipis. mujur la mahu juga minum & makan walaupun sedikit. last2 CikNie cadangkan bg minuman sejuk mcm air kotak atau yogourt. aku bg air kotak sejuk n lepas minum suhu badan dh turun sikit. hari ketiga juga bg minuman yogourt n lepas tu suhu badan makin menurun. Alhamdulillah. tak tingal juga amalkan doa dan aku cuba amalkan Doa utk kurgkan demam panas.
Ariq pula tak semena2 sakit kaki n terpaksa berurut. Alhamdulillah sekali urut dah baik. Ujian dr Allah buat kita lebih tabah walaupun ade juga sesekali mengomel. aku belum cukup tabah sebenarnya. masih perlu mendidik hati. masa ni la baru terasa yg byk berdosa dan bersyukur juga aku dapat mengharunginya walau tidak terlalu tabah. semoga Allah sentiasa memberi aku ruang untuk menebus dosa2 aku yg lalu. semoga Allah menebus segala dosa2ku dengan ujian ini..Jadikan lah aku org yg bersyukur. Amin
0 Responses to "Demam...ooo...demam...":
Catat Ulasan