SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS

Posted on Selasa, Mei 04, 2010 by sYaFiQa

email dari walid......

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.
Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan
tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali
pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk
dan kurang responsif.  Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami
ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ).
Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah
(Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam
sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT
Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini
ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan
lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah
yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi.
Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki
buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh
boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child
abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih
belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama
bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana
untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak
yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain.
4.    Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang
bayi seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN INFO INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG.....

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang
ilmu lalu dia menyembunyikannya  akan diikat mulutnya(meletakkan kekang
di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

0 Responses to "SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS":

Penaja Bersama.....