Salam....dpt email dr kawan Ummi.... En. Adzmin Nordin...semoga ade sesuatu yg dpt dikongsikan. Tq Min.....
Umat Islam mundur kerana          tolak Al Quran.  
Yahudi maju          kerana amalkan banyak ajaran Al Quran. 
  
Salam, 
Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah  makan buah sebelum makan nasi  tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa           minum air sebelum dan selepas makan, bukan          ketika makan  ibu bapa membaca          al-quran ketika ibu mengandung  susu          kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)  rokok / candu menyukarkan menyebut kalimah syahadah ketika          nazak  seperti Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan          mengamalkannya  tetapi umat Islam          sendiri mengabaikannya.!!! 
  
Wassalam          
  
  
FYI... 
Based on true story...          
Mengapa Yahudi          Bijak? 
Setelah          berada 3 tahun di Israel kerana menjalani  housemanship dibeberapa          hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan          untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak          dapat dinafikan  ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala          bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang          perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di          dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan,          senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.          
                           Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung          hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum          Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?          Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak          boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
                           Maka saya pun tergerak membuat          tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat          hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini          mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan          data-data yang setepat mungkin.
                           Antara data-data yang saya kumpulkan          ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan          zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan          bangsa dan kaum kaum lain. 
  
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.          Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama          kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain          piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan          masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya          yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya          beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya          memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu          beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau          menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya          sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa          kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan          beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh          beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan          anak.
                           Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak          awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma          bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan          ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai          jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk          perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang          dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam          kandungan, menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika          mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang          mengandung mengambil pil minyak ikan.
                           Ketika saya diundang untuk makan          malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan          ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar          sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak          akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging          dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu          kemestian, terutama badam. 
  
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan          dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda          diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.          Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti)          dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk          dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
                           Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah          Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh          anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.          Menurut          saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat          merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini          bermakna keturunan          perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).          Suatu penemuan yg          dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para          perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok          terbesar adalah …… tekalah sendiri..! Israel la tu )
                             Perhatian          saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi          cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,          diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code liver oil )  Didalam          pengamatan saya, kanak2 Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka          memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi          mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu          kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat          meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak          itu bijak. 
                           Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate          (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik          terdiri dari kaum Yahudi.
                           Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak          Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains          amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan          dengan anak-anak di California, ianya  jauh berbeza tentang IQ dan          boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan          mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga          menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah          memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan          menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping          mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. 
  
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke          sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran          sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka          walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti          dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan          engineering, idea itu akan dibawa ke institute pengajian tinggi di          Politeknik dan Universiti.
                           Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti          perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan          seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para          penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikanya          dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan)          dapat keuntungan sebanyak $US1 juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan,          dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik          Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan          didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di          Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
                           Pernahkah anda melihat          cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah          dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat          mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama          lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk          atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita          supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering          menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang          Jepun yg pandai? Adakah ianya suatu kebetulan? Kegemaran mereka ialah          sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
                            Berpusat          di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg          berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika          mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa          faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan          anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.          Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle,          Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai          ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan          Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar          dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan          bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New          York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
                           Kesimpulanya,          pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh          dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,          beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu          mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah          tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah          cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk          otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan          otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat          melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg          memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart          dan menembak.          
 Merokok          menjanjikan generasi yg murung (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan          mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun          2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan          dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak          rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!          Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!!           dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan          segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya          lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun          hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau  sebesar          Manhattan !!
                           Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan          generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.          Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada,          dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan          segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!!  dan          hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakah          universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?          Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa          mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa          Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik          sedunia?  Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah          sendiri.
                           Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau          bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman          Paraoh/Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival,          yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi          yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan          ianya  memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara          mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini          dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar          anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur          9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei sepanjang 5 muka surat          penuh. Esseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! '              
                         
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia           yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa          mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon 
KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK?
Sehari yang lalu










1 tukang komen:
Kalu nak cari husband cari yang x hisap rokok mcm abg. :p
Catat Ulasan